Forum GelanggangDatoMeor.Com

December 14, 2017, 05:01:12 PM
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length











Pages: [1] 2 3 ... 10
 1 
 on: June 23, 2011, 03:30:48 AM 
Started by admin - Last post by admin
PSSPGM

http://psspgt.blogspot.com/


 2 
 on: June 10, 2011, 12:43:45 PM 
Started by admin - Last post by admin
Selepas setahun ...baru berkesempatan untuk share gambar2 di gayong perdana 2010 , harap maaf byk2 atas kelewatan yg amat sgt..
koleksi ini dikumpul dari pelbagai website dan blog dan termasuk koleksi saya sendiri...credit to them all

                 KLIK SINI

 3 
 on: October 05, 2010, 02:52:02 PM 
Started by admin - Last post by Pendekar Nagasakti
salam tuan mod..
sy dah emailkan gmbr2 gayong perdana...

 4 
 on: September 23, 2010, 10:40:27 AM 
Started by admin - Last post by admin
Najib dinobat sandang tertinggi
Oleh Nadia Hamid
nnadia@bharian.com.my
2010/09/19
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dianugerahkan sandang tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), yang membawa gelaran ‘Mahkota Agung Seri Bintang Pelangi’ pada 2 Oktober depan.

Sandang yang dianugerahkan sempena Majlis Gayong Perdana 2010 itu turut menjadikan Najib sebagai ‘Imam Khalifah Agung PSSGM’, sekali gus ketua kepada kira-kira tiga juta ahli pertubuhan berkenaan di seluruh negara. Dijangka 5,000 ahli pertubuhan akan menghadiri majlis yang bakal diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya itu dengan penyertaan beberapa negara lain seperti Syria, Singapura dan Britain. Yang Dipertuanya, Datuk Adiwijaya Abdullah, berkata pemilihan itu dibuat berdasarkan penilaian pertubuhan terhadap idea Gagasan 1Malaysia yang dibawakan pemimpin negara itu.

"Gagasan yang diperkenalkan Najib menarik minat pertubuhan dengan memperjuangkan nasib rakyat seperti pertubuhan ini, sejajar slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

“Kita tidak berniat untuk mencampuri urusan politik, namun pertubuhan sentiasa menyokong apa juga program yang membawa kebaikan kepada orang Melayu.
Malah, gagasan itu sendiri lebih mengutamakan pencapaian dan bakti kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Gayong Perdana, di sini, semalam.
Hadir sama, 35 wakil pertubuhan dari seluruh negara.

Selain Najib, dua pemimpin tertinggi turut menerima anugerah sama pada 1 Oktober bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini iaitu Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zin dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib dan Exco Negeri Perak, Datuk Zainol Padzi Paharudin pula dianugerahkan sandang tertinggi, ‘Mahkota Seri Cahaya Pelangi’.

Adiwijaya turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pertubuhan itu mengamalkan isu perkauman sebaliknya mengakui pertubuhan itu ‘terbuka’ kepada semua individu yang berminat dan mampu mengucap kalimah syahadah.

“Jangan jadikan isu pertubuhan yang membela nasib orang Melayu untuk membangkitkan sentimen perkauman kerana ia adalah matlamat asas yang dibangunkan oleh pengasasnya.

"Malah, sandang tertinggi ini hanya diberikan kepada individu yang berjiwa pahlawan selain membela nasib orang Melayu seperti penganugerahan kepada ayahanda Najib, iaitu Tun Abdul Razak Hussein ketika beliau menjadi Perdana Menteri,” katanya.

 5 
 on: September 18, 2010, 09:05:32 PM 
Started by admin - Last post by admin
kepada mereka yang masih menyimpan koleksi gmbr dan video Gayong Perdana KL 2010  harap dpt hubungi sy... jasa baik anda sgt dihargai.


Pages: [1] 2 3 ... 10