Forum GelanggangDatoMeor.Com

September 10, 2010, 08:42:17 PM
Welcome, Guest. Please login or register.
Did you miss your activation email?

Login with username, password and session length











Pages: [1]
Print
Author Topic: Cikgu Mohd Amin Bin Hamzah  (Read 405 times)
gayongsp
Hitam Mulus
*
Posts: 5


View Profile WWW
« on: May 01, 2009, 01:11:27 PM »

Assalamualaikum semua,

Cikgu Mohd Amin Bin Hamzah adalah seorang guru lama gayong yang bertapak di Negeri Perak Darul Ridzuan. Pengalaman beliau begitu luas dalam ilmu gayong ini. Beliau juga diberi mandat atau kuasa untuk majlis perlimau tapak murid yang baru. Dengan keyakinan dan tawakal kepada Allah S.W.T., kelebihan didalam adat ini telah diberi kepada beliau dimana air yang digunakan didalam botol semasa majlis perlimau tapak ini tidak pernah kering tanpa di tambah walaupun murid baru telah beribu orang dibawah didikannya. Subhanallah.

Baru-baru ini, beliau telah diiktiraf oleh pihak istana kerana jasa-jasa beliau didalam mengembangkan ilmu warisan budaya kita ini. Terima kasih kepada insan-insan yang telah banyak menolong dalam manjadikan ia satu realiti.

http://www.flickr.com/photos/25736052@N04/3490716976/

Harapan saya, anak-anak gayong yang berada diluar sana, tidak kira anak muridnya atau pun bukan, selamilah perasaan atau ilmunya kerana masih banyak lagi yang kita perlu gali untuk mendapatkan satu ilmu yang benar-benar tinggi dan disegani. Ada amanat yang telah diberi kepada beliau oleh Mahaguru AD Meor Abdul Rahman yang kita perlu tahu. Sama-sama lah kita kembangkan gayong, semoga ia berada diatas pentasnya yang tersendiri. Wallahualam.

Hormat Gayong.
Gayongsp

Logged

nikman
Hitam Mulus
*
Posts: 2


View Profile Email
« Reply #1 on: December 30, 2009, 11:47:29 AM »

Salam,
   Lama tak bersua dengan Cikgu Mohd Amin. Masih teringat tunjuk ajar beliau. Terima kasih cikgu.
Logged
Pages: [1]
Print
Jump to: