Forum GelanggangDatoMeor.Com

January 19, 2018, 10:59:18 PM
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length











Pages: [1]
Print
Author Topic: PERGURUAN PANCA SUKMA BRUNEI DARUL SALAM  (Read 1369 times)
gayongsp
Hitam Mulus
*
Posts: 5


View Profile WWW
« on: May 07, 2009, 03:55:10 PM »

Bapak Hassan Bin Haji Tuah adalah merupakan bekas atlet Negara yang telah banyak menyumbangkan pingat Emas, Perak dan Gangsa  untuk Negara ditahap kebangsaan mahu pun ditahap antarabangsa dan dunia didalam sukan Pencak Silat Olahraga dan Seni Pencak Silat. Beliau dikenali  dan digelar oleh pesilat-pesilat bertahap antarbangsa di Malaysia pada zaman beliau sebagai kecil-kecil cili api diatas keberanian beliau mengatasi pesilat-pesilat dunia yang lebih besar dari pada beliau. Beliau juga merupakan anak Brunei Pertama  yang berhasil meraih gelar Juara didalam Pertandingan World Master Martial Arts di Chung Ju Korea. Dengan kejayaan itu beliau telah membukti kepada seni mempertahanan diri Dunia bahawa Pencak Silat Melayu adalah seni mempertahankan diri yang unggul  dan hebat. Beliau juga merupakan bekas jurulatih Negara dan pernah membawa atlet Negara Ke Peringkat  Sukan Antarabangsa. Diantara pesilat-pesilat didalam rombongan lawatan  tersebut ada pesilat-pesilat yang pernah mewakili Negara dan telah pernah menghasilkan pingat serta mengharumkan Negara di Sukan Antarabangsa. Dikeranakan jasa-jasa beliau dan pengelaman beliau yang luas pihak Persatuan Pencak Silat Kebangsaan Brunei (PERSIB)telah melantik beliau sebagai  Ketua Lembaga Kejuruurulatihan didalam Ahli jawatankuasa tertinggi di dalam Persatuan. Didalam Daerah pula beliau dilantik sebagai Penasihat didalam Persatuan Pencak Silat Kebangsaan Cawangan Daerah. Itulah serba sedikit pencapaian beliau dan banyak lagi yang tidak dapat  saya nyatakan disini.

 
Mengenai Perguruan Persilatan Panca Sukma serba sedikitnya ialah Perguruan ini adalah Perguruan yang berdaftar dengan Persatuan Pencak Silat Kebangsaan Brunei  (PERSIB) dan telah ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Pengasasnya Hassan  Bin Haji Tuah. Beliau banyak focus kepada membina serta mananam minat  Pencak Silat kepada dikalangan kanak-kanak dan remaja.  Ini dikeranakan agar Pencak Silat ini akan sentiasa hidup dan tidak akan pupus ditelan zaman dengan adanya penkenalan akan seni bela diri Melayu kita sebagai warisan bangsa kita dikalangan generasi baru . Tidak heranlah Perguruan Persilatan ini 80% terdiri dari kanak-kanak dan dari kalangan remaja. Perguruan Persilatan Panca Sukma cuba kami pertahankan dengan jatuh bangunnya perguruan ini . Berkat hasil usaha tidak kenal erti menyerah ,Perguruan Persilatan ini kekal hingga sekarangan ini dan telah banyak menyumbangkan pesilat-pesilat yang berqualiti bagi mengharumkan nama Negara. Perguruan Persilatan ini banyak focus kepada Sukan Pencak Silat  dan Seni Pencak Silat serta Bela Diri. Ilmu akdemik adalah ilmu yang terpenting sekali diutamakan kepada pesilat-pesilat  Perguruan ini kerana pesilatnya adalah terdiri kanak-kanak serta remaja yang masih bersekolah dan pencak silat adalah sukan untuk kesihatan badan dan melatih displin serta keyakinan diri. Tidak heran pesilat-pesilat dari Perguruan ini banyak yang terpelajar didalam segi akdemik. Perguruan ini tidak menyalurkan dan mengamalkan ilmu kebatinan walau pun dikalangan pesilat dewasa malahan hanya sukan sahaja. Target perguruan  Persilatan Panca Sukma adalah menghasilkan atlet-atlet  pelapis Pencak Silat yang berpotensi untuk mewakili Negara dimasa akan datang. Setakat ini Perguruan Persilatan Panca Sukma telah banyak menghasilkan atlet Negara yang bequaliti didalam Sukan SEA, Kejuaraan Dunia, Bimp Eiaga dan banyak lagi Sukan bertahap Antarabangsa.

Petikan Dari :
Ina Muziana
Setiausaha Agong Perguruan Persilatan Panca Sukma

Perguruan Silat ini telah mengadakan satu perjumpaan dengan seorang gurulatih tua PSSGM baru-baru ini bagi membincangkan kesinambungan silat warisan melayu di nusantara.. Oleh demikian, marilah kita bersama-sama menuju kepada kegemilangan silat warisan bangsa ini supaya ia dihormati dan disegani didalam dunia seni beladiri.

Wasalam
Logged

Pages: [1]
Print
Jump to: